Bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah segala puji selayaknya dikembalikan kepada Yang Maha Berhak, Allah Rabbul Jalil kerana masih mengizinkan saya menulis di blog setelah agak lama membiarkannya sepi tanpa post baru. Sebenarnya tak mudah untuk saya menghasilkan dan menyudahkan entry yang saya kira agak asing bagi saya ni. Setelah berhari-hari ‘berperang’ dan menimbang-nimbang; “nak tulis ke tak?” akhirnya saya gagahkan diri menulis tentang cinta.

Kenapa saya katakan topik ni agak asing bagi saya? Cinta bukanlah topik kesukaan saya, either untuk dibualkan ataupun untuk difikirkan. Even bila ummi saya kadang-kadang mengeluarkan topik berkaitan cinta dan kahwin, saya selalu buat muka dan buat-buat tak dengar. Selalu mengelak dan beralasan. (Tapi, kalau bab novel cinta, saya layan jugak, hehe). Sekarang ni, kononnya seiring pertambahan usia la orang kata, saya rasa, saya lebih adil dan terbuka menanggapi persoalan tentang cinta. Tu pun, saya masih cuba mahu mengelak untuk memperkatakannya lebih-lebih lagi jika ia bakal memerangkap diri sendiri.

Persoalan tentang cinta memang menjadi favourite topic pada kebanyakan orang especially golongan muda-mudi. Fenomena cinta memang menjadi sesuatu yang boleh dikatakan sampai ke tahap men’dewa’kan dan mengagungkan cinta. Apa tidaknya, masyarakat kita saban hari disajikan dengan lambakan filem-filem dan lagu-lagu cinta. Unsur cinta seakan menjadi benda yang wajib untuk sesuatu hasil karya mempunyai nilai yang tinggi di sisi penggemar dunia seni, sehinggakan lagu-lagu nasyid pun terkena tempiasnya. Bukanlah sesuatu yang menghairankan bila kita tengok hari ni filem-filem sejarah, aksi hatta filem-filem perjuangan pun disadurkan dengan elemen cinta. Kadang-kadang tu pulak, kisah cintanya yang lebih diperbesar-besarkan daripada topik utama. Aduh, hebat sungguh penangan cinta sehingga dimartabatkan sedemikian rupa!

Bila sebut pasal cinta yang sering dan gemar dibualkan, sudah tentulah ia merujuk pada special relationship antara golongan adam dan hawa. Padahal konsep cinta sebenarnya lebih luas dan lebih suci daripada tu. Lupakah kita pada CINTA yang paling agung dan suci, yang lebih patut kita dambakan dan tumpukan, iaitu cinta kepada Pencipta dan Pemilik nyawa kita; cinta yang pasti berbalas dan tidak akan mengecewakan sesiapa. Bukan ke ini cinta yang diharapkan?

Sebenarnya bukan niat saya nak berceloteh pasal cinta. Actually saya suka nak kongsi apa yang saya dapat daripada buku Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul. Saya yakin sekali ramai antara kita yang dah baca buku ni. Buku ni saya baca selepas beberapa orang sahabat saya begitu hebat mempromosikannya. Buku ni sebenarnya adalah sebuah diari kehidupan Qani’ah, seorang isteri yang suka untuk berkongsi kisah dan pengalaman hidupnya di samping suaminya, Dr. Muslih. Kedua-duanya sama-sama berusaha untuk menyuburkan istana rumah tangga yang dibina dengan taqwa dan sunnah, serta sama-sama berusaha mencapai cinta dan keredhaan Allah melalui wasilah cinta antara suami dan isteri. Cerita dan pengalaman yang dipaparkan dalam buku ni sesuai sekali dijadikan tips untuk membina baitul muslim yang bahagia dalam redha Allah. Sesuai untuk bakal-bakal pengantin baru.

Bagi yang belum bersedia melangkah ke alam perkahwinan, buku ni menegaskan prinsip untuk tak melibatkan diri dengan cinta. Sibukkanlah diri mensolehkan peribadi untuk mendapat cinta Allah, insya Allah kita akan memperoleh cinta orang-orang soleh. Itu janji Allah. Therefore, selagi cinta Khaliq tak berjaya digapai, tak payahlah sibuk nak kejar cinta makhluk. O ya, satu hal yang terlintas di benak saya waktu saya baca buku ni, ada lagi ke lelaki seperti Dr. Muslih yang diceritakan dalam buku ni dalam dunia hari ni? Terlalu ideal sebagai seorang suami, yang continuously berusaha mencontohi Rasulullah S.A.W. dalam setiap aspek kehidupan. Semacam agak kurang logik. Tapi, cepat-cepat saya neutralkan fikiran, itu semua tak mustahil kalau setiap daripada kita yang menginginkan pasangan yang soleh, bukan hanya pandai mencari malah berusaha untuk menjadi soleh.

Sebenarnya banyak lagi yang saya nak tulis pasal buku ni, tapi mestilah agak mustahil dek masa dan ruang yang terbatas. Saya syorkan anda baca sendiri buku ni dan hayatilah apa yang ingin cuba disampaikan oleh penulisnya, saudari Fatimah Syarha Mohd Noordin.

Sekian, moga ada manfaatnya untuk kita semua. Jumpa lagi! Assalamualaikum wbt.


Wahai Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan baru kusedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu


Tajuk Lagu: Muhasabah Cinta

Artis: Edcoustic




Hatiku menangis di kala ini

Walau tiada air mata yang kelihatan

Walau tiada lagu sendu yang kedengaran

Namun perit dan resahnya

Menghantar pedih dan pilu

Yang bertamu di sudut hati tanpa diundang


Hatiku merintih saat ini

Walau tiada suara terucap di ulas bibir

Walau tiada riak terzahir di wajah

Namun jauh terasing di dasar hati

Ada gumpalan rasa sayu yang menghuni

Yang kian merebak dari hari ke hari


Mengapa begitu?

Mengapa menangis?

Mengapa merintih?


Hati ini sedih

Dengan dunia yang kian parah sakitnya

Mengenangkan diri yang masih di takuk lama

Imanku, ibadahku, akhlakku

Yang malu untuk berganjak, melonjak dari tempat diamnya


Sedangkan Nabi bersabda

Kerugian yang nyata

Bagi Muslim yang statik

Hari ini dan semalam tiada beza, tiada anjakan paradigma

Malah celaka pula

Bagi Muslim yang tidak memanfaatkan hari ini

Padahal semalamnya cemerlang


Hati ini sedih

Melihatkan umat yang kian lemah dan longlai

Dipaku nikmat dunia yang jauh dari keabadian

Dibius godaan iblis makhluk terlaknat

Sedang diriku tidak mampu menyumbang bakti

Lantaran lemahnya iman di hati

Yang kerdil dan malu untuk menonjolkan diri


Ya Allah

KepadaMu sahajalah doa disandarkan

Kurniakanlah kami

Tubuh badan yang ringan dalam menyempurnakan ketaatan kepadaMu

Lidah yang basah mengingati dan menyebut namaMu

Hati yang sentiasa segar dengan rasa kehambaan kepadaMu

Serta subur dengan iman yang kental padu


Ya Allah

Ampuni hambaMu yang lemah dan hina-dina ini

Jauhilah aku dari murkaMu

Kerna aku tidak mampu untuk hidup dalam pandangan murkaMu

Siapalah aku tanpa cintaMu





;;