Wahai Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan baru kusedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu


Tajuk Lagu: Muhasabah Cinta

Artis: Edcoustic




Hatiku menangis di kala ini

Walau tiada air mata yang kelihatan

Walau tiada lagu sendu yang kedengaran

Namun perit dan resahnya

Menghantar pedih dan pilu

Yang bertamu di sudut hati tanpa diundang


Hatiku merintih saat ini

Walau tiada suara terucap di ulas bibir

Walau tiada riak terzahir di wajah

Namun jauh terasing di dasar hati

Ada gumpalan rasa sayu yang menghuni

Yang kian merebak dari hari ke hari


Mengapa begitu?

Mengapa menangis?

Mengapa merintih?


Hati ini sedih

Dengan dunia yang kian parah sakitnya

Mengenangkan diri yang masih di takuk lama

Imanku, ibadahku, akhlakku

Yang malu untuk berganjak, melonjak dari tempat diamnya


Sedangkan Nabi bersabda

Kerugian yang nyata

Bagi Muslim yang statik

Hari ini dan semalam tiada beza, tiada anjakan paradigma

Malah celaka pula

Bagi Muslim yang tidak memanfaatkan hari ini

Padahal semalamnya cemerlang


Hati ini sedih

Melihatkan umat yang kian lemah dan longlai

Dipaku nikmat dunia yang jauh dari keabadian

Dibius godaan iblis makhluk terlaknat

Sedang diriku tidak mampu menyumbang bakti

Lantaran lemahnya iman di hati

Yang kerdil dan malu untuk menonjolkan diri


Ya Allah

KepadaMu sahajalah doa disandarkan

Kurniakanlah kami

Tubuh badan yang ringan dalam menyempurnakan ketaatan kepadaMu

Lidah yang basah mengingati dan menyebut namaMu

Hati yang sentiasa segar dengan rasa kehambaan kepadaMu

Serta subur dengan iman yang kental padu


Ya Allah

Ampuni hambaMu yang lemah dan hina-dina ini

Jauhilah aku dari murkaMu

Kerna aku tidak mampu untuk hidup dalam pandangan murkaMu

Siapalah aku tanpa cintaMu






Assalamualaikum wbt.

Maha Suci Allah yang membukakan pintu hati dan menggerakkan jari-jari saya untuk menulis. Alhamdulillah!!! Akhirnya...saya mampu punya blog sendiri! Thanks Tuhanku for the chance U had granted. B4 this bukanla bermakna saya langsung tak berminat nak involve dlm dunia blogging ni, tapi saya merasakan belum 'mampu' dlm erti kata yg sebenar... 'mampu' dari pelbagai aspek...tapi sekarang dgn lahirnya blog ini, bukan jugak bererti saya dah 'mampu' to have own blog. It's just that I think it's a strong 'should' today to have an own blog.

To me, blog boleh menjadi wadah dan platform yg sangat berpotensi for both islah and dakwah as well as fikir and zikir. Doakan saya berjaya dgn niat dan tujuan asal saya ini...Memetik kata-kata daripada seorang teman, katanya, "Tanpa langkah pertama, tidak mungkin ada langkah kedua" -
memang itulah fitrahnya. Jadi, memikirkan itu, hati saya makin meronta-ronta nak create blog sendiri. Ya! Saya harus rebut semua peluang yg ada dan ter'pampang' di depan mata utk memacu diri ke arah yg lebih baik. This is one of the chances that I can see. Dan lagi, kata my favourite ustaz, "Menulis bukan untuk memberi tahu, tetapi ingin mencetus mahu, agar bergerak menuju mampu." Moga saya betul2 sedang bergerak menuju mampu. Mampu untuk berusaha pun dah cukup, for the beginning, huhu...

Em sebenarnya blog ni bukanlah satu dunia yg terlalu asing bagi saya. Yg asing cuma creating a blog, but searching and exploring blogs have been being my daily 'meal' especially since this lengthy semester break,hehehe..besarlah harapan saya utk menjadikan blog saya ini one of my minute effort and contributions dlm medan dakwah billisaan. Oh Allah, mampukah aku??! Hamba mohon rahmat bantuanMu Allah!!

Em biasalah dlm entry sulung ni rasa mcm byk bebeno benda saya nak tulis. My hopes, wishes...berjela-jela dlm otak ni,hmm..takpe la, tulis yg penting sudaa...haa ada satu lagi harapan penting saya, this one I must mention. Saya amat2 berharap kunjungan dan persinggahan anda2 semua di blog saya tidak menjadi kunjungan yg sia-sia, ada la dapat something walaupun tak banyak..so pesanan ikhlas saya, sebaiknya anda tidak meninggalkan blog ini sehingga anda betul2 yakin dan percaya bahawa anda telah mendapat manfaat daripada kunjungan anda ke sini huhu..(boleh ke camtu??)

Sekian, saya pamit dulu! Ketemu lagi nanti insyaAllah..got to go..(sori kalau korang rasa saya brek mengejut!)

Wassalamualaikum wbt.


;;